KELAS BIASA (Pengambilan sentiasa terbuka)

Pada setiap hari : Selasa dan Sabtu
Waktu : 8.00 pagi - 10.00 malam


Pendaftaran : RM 100.00
Yuran : RM 200.00 (bulanan)
Untuk senaman pernafasan dan senaman harimau sahaja dibuka pada hari Ahad jam 10.00 pagi - 11.30 pagi. Yuran RM 60.00


Pakej khusus untuk yang berminat belajar dirumah atau dipusat latihan.


PAKEJ :
~ Latihan BETAKOS Intensif
~ Latihan Senjata Intensif
~ Latihan Sistem Pernafasan Bioelektromagnet
~ Latihan Senaman Tradisi - Senaman Harimau

KELAS LATIHAN BETAKOS
Pusat Latihan UtamaAlamat : 2784-B, Jalan Permata 6, Taman Permata,
53300 Kuala Lumpur

Kelas CyberjayaUnit 1-2, Neo Cyber, Lingkaran Cyber Point,
63000 Cyberjaya

Master Ruzaidi - 013-2661643
Email : ruzaidiabdulrahman@yahoo.com










BETAKOS adalah sejenis beladiri yang diformulakan oleh seorang GURU beladiri yang penuh pengalaman sebenar dalam pengamalan ilmu beladiri. Guru uang dimaksudkan adalah Master Ruzaidi Abd. Rahman. Nama yang tidak asing lagi dalam ilmu persilatan Melayu. Beliau merupakan bekas pesilat negara yang telah banyak mengaharumkan nama Malaysia khusunya dalam silat olahraga. Antara pencapaian beliau ialah :-


~ PINGAT EMAS SEA GAMES 1986
~ PINGAT EMAS KEJUARAAN DUNIA 1990 HOLLAND
~ PINGAT EMAS MERDEKA GAMES 1990 BRUNEI
~ PINGAT EMAS TERBUKA ANTARABANGSA 1990 KL
~ PINGAT EMAS KEJUARAAN SILAT KEBANGSAAN 3 KALI (1988,1989,1990)
~ 2005- MENDAPAT ANUGERAH THE BEST MARTIAL ARTS INSTRUCTOR OF THE YEAR DARI WORLD HEAD OF FAMILY SOKESHIP COUNCIL DI FLORIDA


Berikut petikan dari kata-kata beliau yang baru saja dirakamkan sekitar april 2009:-







Sebagai seorang pengamal beladiri sejati, beliau masih lagi giat dalam ilmu persilatan dan masih lagi melakukan latihan2 beladiri setiap hari selain dari menyumbang ilmunya kepada anak2 Melayu disekitar Kuala Lumpur dan juga untuk anak-anak VIP. Pengalaman yang lama dalam bidang sukan Silat Olahraga Antara kelebihan BETAKOS :-
1. Gabungan dari beberapa pergerakan Persilatan dan ilmu beladiri lain seperti tomoi, boxing dan kali.
2. Semua gerak dan langkah bersenikan silat melayu.
3. Tidak mempunyai "buah" yang perlu di hafal. Buah datang sendiri.
4. Permainan mengikut fizikal pengamal bukan ikut cara fizikal guru.
5. Penekanan dalam falsafah "Air setitik menjadi lautan, tanah sekepal menjadi gunung".
6. Penuh dengan helah, silap dan akal.
7. Tidak menggunakan masa yang lama untuk tamat permainan.
8. Tidak mengamalkan kepada One Step Sparring ( Pukulan bertapak)
9. Formula yang diajar adalah untuk kaedaan realiti dan sebenar.(tiada lakonan)
10. formula teknik yang mudah untuk diulang sebelum menguasai permainan beladri sebenar.
11. Permainan dari guru-guru tua dan guru-guru silat dalam peperangan sebenar.
12. Disertakan permainan ibu senjata tidak terikat dengan mana-mana perguruan. Apa yang anda kuasai itulah permainan anda.











Untuk pesilat Olahraga. Dapatkan tips dan teknik berlawan yang sebenar dari beliau. Bagaimana menjadi juara dan mengekalkan kejuaraan. Pelajari ilmu menewaskan musuh dengan tanpa kecederaan berlaku pada anda. Pelajari BETAKOS anda akan menguasai permaian juara dalam silat olahraga. Bagi Master Ruzaidi, "tiada beza antara silat olahraga dan silat melayu" yang membezakanya adalah kawasan larangan pukulan



Petikan terakhir dengan Master Ruzaidi :-





BETAKOS

PENGENALAN
BETAKOS adalah satu kaedah beladiri yang mudah dan ringkas tetapi cukup berkesan. Perkataan BETAKOS diambil dari perkataan beladiri tangan kosong. Ianya saya asaskan berdasarkan pengalaman serta kajian RUZAIDI(jaguh silat negara) selama lebih dari 30 tahun dalam seni mempertahankan diri.

TEKNIK
BETAKOS melatih peserta-pesertanya secara keseluruhan. Dari teknik tumbukan, tendangan, senjata hinggalah kepada teknik pergelutan sebenar. Dari teknik pertahanan, teknik serangan, teknik melepaskan diri dan mematikan gerak lawan.




Latihan-latihan BETAKOS menggunakan kaedah-kaedah sains sukan tanpa meninggalkan kaedah lama yang dikenalpasti kesaesuaiannya. Teknik-teknik BETAKOS lebih relevan dan terus tertumpu kepada kaedah pertempuran sebenar. Namun peserta-peserta tidak perlu risau kerana semua latihan dibuat secara sistematik, terkawal dan dibawah pengawasan terus dari jurulatih. Peserta akan dilatih terus menggunakan alat-alat latihan seperti punching bag, boxing pads dan kicking pads. Kaedah latih tubi berterusan digunakan sebagai latihan asas untuk memantapkan reflex dan tenaga pukulan.


BETAKOS juga mengajar pelatih-pelatihnya sistem pernafasan yang dipanggil " SENAMAN PERNAFASAN BIO-ELEKTROMAGNET ". Senaman pernafasan ini terdiri dari 7 jurus dan InsyaAllah dapat mempertingkatkan kualiti kesihatan tubuh dan kecerdasan minda pengamalnya. Senaman ini juga dapat membantu penyembuhan penyakit-penyakit seperti darah tinggi, masalah jantung, migrain, kencing manis dan juga penyakit misteri. Senaman ini sangat jarang ada pada seni mempertahankan diri.


SENAMAN HARIMAU pula adalah satua siri senaman regangan yang dibuat secara sistematik. Ia amat bagus untuk meningkatkan tahap kesihatan dan tenaga batin (kelelakian). Ia boleh juga diamalkan oleh kaum wanita.


FAEDAH MENYERTAI BETAKOS
1. Mempelajari teknik-teknik pertempuran sebenar untuk beladiri.
2. Mengkaji teknik beladiri yang sesuai untuk digunakan mengikut keupayaan fizikal individu.
3. Kecergasan dari segi fizikal dan minda.