BETAKOS

PENGENALAN
BETAKOS adalah satu kaedah beladiri yang mudah dan ringkas tetapi cukup berkesan. Perkataan BETAKOS diambil dari perkataan beladiri tangan kosong. Ianya saya asaskan berdasarkan pengalaman serta kajian RUZAIDI(jaguh silat negara) selama lebih dari 30 tahun dalam seni mempertahankan diri.

TEKNIK
BETAKOS melatih peserta-pesertanya secara keseluruhan. Dari teknik tumbukan, tendangan, senjata hinggalah kepada teknik pergelutan sebenar. Dari teknik pertahanan, teknik serangan, teknik melepaskan diri dan mematikan gerak lawan.




Latihan-latihan BETAKOS menggunakan kaedah-kaedah sains sukan tanpa meninggalkan kaedah lama yang dikenalpasti kesaesuaiannya. Teknik-teknik BETAKOS lebih relevan dan terus tertumpu kepada kaedah pertempuran sebenar. Namun peserta-peserta tidak perlu risau kerana semua latihan dibuat secara sistematik, terkawal dan dibawah pengawasan terus dari jurulatih. Peserta akan dilatih terus menggunakan alat-alat latihan seperti punching bag, boxing pads dan kicking pads. Kaedah latih tubi berterusan digunakan sebagai latihan asas untuk memantapkan reflex dan tenaga pukulan.


BETAKOS juga mengajar pelatih-pelatihnya sistem pernafasan yang dipanggil " SENAMAN PERNAFASAN BIO-ELEKTROMAGNET ". Senaman pernafasan ini terdiri dari 7 jurus dan InsyaAllah dapat mempertingkatkan kualiti kesihatan tubuh dan kecerdasan minda pengamalnya. Senaman ini juga dapat membantu penyembuhan penyakit-penyakit seperti darah tinggi, masalah jantung, migrain, kencing manis dan juga penyakit misteri. Senaman ini sangat jarang ada pada seni mempertahankan diri.


SENAMAN HARIMAU pula adalah satua siri senaman regangan yang dibuat secara sistematik. Ia amat bagus untuk meningkatkan tahap kesihatan dan tenaga batin (kelelakian). Ia boleh juga diamalkan oleh kaum wanita.


FAEDAH MENYERTAI BETAKOS
1. Mempelajari teknik-teknik pertempuran sebenar untuk beladiri.
2. Mengkaji teknik beladiri yang sesuai untuk digunakan mengikut keupayaan fizikal individu.
3. Kecergasan dari segi fizikal dan minda.